.

.

Penting!!

Pendaftaran Keahlian Pengakap 2017

Sejarah

Sejarah Ringkas Pergerakan Pengakap Negeri Selangor Darul Ehsan


Sejarah pergerakan pengakap negeri Selangor Darul Ehsan yang turut meliputi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sempena penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, majlis pengakap negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan rasminya menjadi dua entiti yang berasingan mulai 27 Februari 1993. Upacara pengisytiharan telah diadakan di Kem Kotaraya, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.



Pejabat pentadbiran pengakap Selangor  terletak di Kem Kotaraya, Jalan Semarak, Jalan Lumpur. Kem ini lebih dikenali dengan nama ‘Castle Camp’ kerana bentuk bangunannya yang menyerupai sebuah ‘castle’ seperti bentuk bangunan lama di England.  Pihak kerajaan telah memberikan kawasan kem ini yang merupakan bekas tapak projek hospital yang telah dibatalkan kepada pengergerakan pengakap untuk latihan berpengakap pada tahun 1933.



Pada tahun 1934, ahli-ahli pengakap telah berusaha keras memperindahkan bangunan Kem Kotaraya yang terbengkalai bagi meraikan lawatan Lord Baden-Powell ke Malaya. Lawatan Lord Baden-Powell, pengasas pergerakan pengakap telah mencatatkan beberapa detik sejarah penting kem tersebut. Lord Baden-Powell  telah meninggalkan kesan tapak kaki dan juga kasut beliau di kem tersebut. Beliau dan ahli rombongannya yang terdiri daripada Lord Rowallan, Ketua Pengakap Dunia, dan bekas Ketua Pengakap Komenwel dan Sir Charles Maclean yang juga bekas Ketua Pengakap Komenwel turut menanam pokok di sekitar kem tersebut.

Pergerakan pengakap  di Malaysia tidak dapat melupakan jasa bakti seorang pegawai perkhidmatan pendidik Inggeris bernama Frank C.Sands, MBE, FRAS yang terlibat dengan pergerakan pengakap di England, Malaya dan Singapura selama 38 tahun bermula dari tahun 1908 hingga 1948. Beliau telah menjawat jawatan Pesuruhjaya Pengakap untuk cawangan Malaya dalam tempoh tersebut. Beliau memulakan pergerakan pengakap di Singapura pada tahun 1910 dengan dua kumpulan terdiri daripada 30 orang ahli pengakap. Tahun 1910 adalah satu detik penting sebagai tanda berkembangnya pergerakan pengakap di Malaysia.




Pergerakan pengakap mula diperkenalkan di Selangor pada tahun 1909 dengan tertubuhnya satu kumpulan pengakap di Sekolah Victoria, Kuala Lumpur pada 15 Mac 1909 dan diikuti dengan penubuhan pengakap di Sekolah St.John dan Sekolah Methodist, Kuala Lumpur tetapi kumpulan pengakap di dua sekolah ini kurang cergas dan dibubarkan pada tahun 1913. Pembubaran kumpulan pengakap ini menyaksikan perjalanan pengakap begitu malap sehingga tahun 1926.





Pada bulan Mei 1926, Pesekutuan Tempatan (Local Assosiation) Selangor telah ditubuhkan yang tarafnya adalah sama dengan Majlis Pengakap Negeri pada hari ini. Encik J.R.Kellam telah dilantik sebagai Persuruhjaya Daerah (jawatan Pesuruhjaya Daerah pada masa itu adalah setaraf dengan jawatan Persuruhjaya Negeri hari ini) dan Encik Ameen Akbar dilantik sebagai Penolong Persuruhjaya Daerah. Encik Ameen Akbar telah menubuhkan bahagian kelana (Rover) pada tahun 1926. Pergerakan pengakap semakin berkemmbang melalui usaha gigih Encik Ameen Akbar yang memperkenalkannya di sekolah-sekolah Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 1925 dan diikuti oleh sekolah-sekolah Melayu di luar Kuala Lumpur kemudiannya. Pergerakan pengakap turut berkembang ke sekolah-sekolah Cina dan Tamil di Selangor.



Dua tokoh penting yang membawa pergerakan pengakap ke sekolah-sekolah Melayu ialah Encik Ameen Akbar dari Selangor dan Encik S.M Zainal Abidin dari Pulau Pinang. Mengikut pendapat F.C Sands, Encik Ameen Akbar adalah tunggak utama pergerakan pengakp di Selangor pada masa itu. Encik Ameen Akbar dan Encik S.M Zainal Abidin berusaha keras memberi latihan kepada guru-guru Melayu. Beberapa buku pengakap telah diterjemah ke bahasa Melayu oleh Encik S.M Zainal Abidin. Usaha menterjemahkan buku-buku pengakap ini banyak membantu meningkatkan lagi perkembangan pergerakan pengakap di sekolah-sekolah Melayu.



Diantara tokoh-tokoh lama yang telah banyak menyumbangkan tenaga kepada pengakap di Selangor termasuklah Encik Marcus Dukes, Encik Westrop, Encik Burton, Encik Lancaster dan Kapten Headlam yang kesemuanya pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya Daerah Selangor sebelum perang dunia kedua dan diikuti oleh Encik G.D Muir selepas perang. Anak-anak tempatan juga tidak kurang juga ketokohan mereka dalam memajukan pergerakan pengakap di Selangor. Diantaranya ialah Encik Ameen Akbar, Encik Yusof Ahmad, Kapten Mohamad Ali yang merupakan anak tempatan pertama menjadi Pesuruhjaya Negeri Selangor. Selepas Kapten Mohamad Ali, jawatan Pesuruhjaya Negeri Selangor disandang oleh Encik Ng Khiew Tin, Encik Victor, Encik Phang Piang Pah, Encik Ibrahaim bin Samad, Tuan Haji Zainuddin bin Jantan, Tuan Haji Karim Ahmad, Tuan Haji Akasah Haji Taib dan sekarang Tuan Haji Ishak bin Jonid.

Perkembangan pergerakan pengakap ke daerah-daerah di negeri Selangor turut lancar dengan penubuhan pergerakan pengakap di daerah Sabak Bernam 1945, Banting 1951, Kajang 1947, Klang 1950, Kepong 1948, Hulu Langat 1959, Petaling 1954, Rawang 1960, Sepang 1963, Sabak Bernam 1966, Kuala Selangor 1963, Hulu Selangor 1961 dan Tanjung Karang 1974..


Satu lagi mercu tanda pergerakan pengakap Selangor ialah pengurniaan Kem Temasya Rimba Templer, Rawang oleh Kerajaan Selangor untuk ahli-ahli pengakap Selangor pada tahun 1987 bagi meningkatkan prestasi dan aspirasi agenda pembangunan pengakap Negeri Selangor Darul Ehsan.

Sumber  Gambar daripada : Loh Kok Kin ( A History of Scouting in the V.I )
 
WOSM